Skip Ribbon Commands
Skip to main content

News

11.04.2022 - Dua Orang Individu Tempatan Didakwa di Mahkamah Majistret BSB

ISNIN, 11 APRIL 2022

Hari ini, 11 April 2022, dua orang individu warga tempatan telah didakwa di Mahkamah Majistret Bandar Seri Begawan secara atas talian atas kesalahan dibawah Akta Pencegahan Rasuah Penggal 131

Haji Muhammad Suffian bin Hj Bungsu, Timbalan Setiausaha Tetap, (Perkhidmatan Awam, Kesejahteraan, Antarabangsa dan Media), Jabatan Perdana Menteri yang merupakan Mantan Pengarah Radio Televiyen Brunei (RTB) pada masa kesalahan yang didakwa dilakukan, telah didakwa di bawah Bab 6(a) Akta Pencegahan Rasuah kerana menerima suapan sebuah kereta mewah daripada Jonathan Kho Chew Sen, seorang Penolong Ketua di Bahagian Berita dan Hal Ehwal Semasa, Radio Televisyen Brunei (RTB). Manakala Jonathan Kho Chew Sen juga didakwa dibawah Bab 6(b) Akta Pencegahan Rasuah kerana memberi suapan sebuah kereta mewah tersebut kepada Haji Muhammad Suffian bin Hj Bungsu.

 Siasatan yang dijalankan oleh Biro Mencegah Rasuah menunjukkan pada 17 Julai 2014, Haji Muhammad Suffian bin Hj Bungsu, berumur 50 tahun, semasa berkhidmat sebagai Pengarah RTB, telah menerima sebuah kereta jenama Mercedes Benz C200 CGI AMG Sports daripada Jonathan Kho Chew Sen, berumur 45 tahun, yang pada waktu itu berkhidmat sebagai Penolong Ketua di Bahagian Berita dan Hal Ehwal Semasa, RTB sebagai dorongan atau ganjaran bagi jaminan perlantikan Jonathan Kho Chew Sen tersebut sebagai Pemangku Ketua di Bahagian Berita dan Hal Ehwal Semasa, Radio Televisyen Brunei (RTB).

Pendakwaan kes ini dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Hajah Suriana binti Haji Radin dan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Fitri binti Kiprawi. Sementara itu, kedua-dua defendan tidak diwakili oleh peguambela. Timbalan Pendakwa Raya membuat permohonan untuk pertuduhan dibacakan kepada kedua-dua tertuduh tetapi tidak ada pengakuan diambil. Kes ini ditangguhkan oleh Ketua Majistret Dk Hajah Norismayanti binti Pg Haji Ismail dengan membenarkan defendan dilepaskan dengan ikat jamin Mahkamah sebanyak B$10,000.00 atau dua orang penjamin tempatan. Kes ini akan disebutkan semula pada 25 April 2022.

BMR ingin mengingatkan kepada orang ramai termasuklah pegawai-pegawai kerajaan dari peringkat bawahan hingga peringkat pegawai atasan tanpa mengira pangkat dan kedudukan mereka dimana jua mereka bertugas bahawa menerima atau menawarkan rasuah kepada mana-mana orang adalah satu kesalahan yang serius dibawah Bab 6 Akta Pencegahan Rasuah yang boleh dihukum dengan hukuman penjara maksimum 7 tahun dan denda sebanyak $30,000, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

BMR ingin mengingatkan kepada orang ramai termasuklah pegawai-pegawai kerajaan dari peringkat bawahan hingga peringkat pegawai atasan tanpa mengira pangkat dan kedudukan mereka dimana jua mereka bertugas bahawa menerima atau menawarkan rasuah kepada mana-mana orang adalah satu kesalahan yang serius dibawah Bab 6 Akta Pencegahan Rasuah yang boleh dihukum dengan hukuman penjara maksimum 7 tahun dan denda sebanyak $30,000, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

-TAMAT-

Attachments