Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksACB Logo

​​​logo_means.jpg 

TAFSIRAN LOGO BIRO MENCEGAH RASUAH

RANTAI BERWARNA GANGSA :
Melambangkan perpaduan (unity) pegawai-pegawai Biro Mencegah Rasuah yang kukuh dan erat.

BENDERA NEGARA BRUNEI DARUSSALAM :
Melambangkan kesetiaan dan kemegahan pegawai-pegawai dan kakitangan Biro Mencegah Rasuah terhadap Negara Brunei Darussalam tempat mereka berteduh. Bulatan yang merupakan rantai mengelilingi bendera Negara Brunei Darussalam melambangkan ikrar dan tekad Biro Mencegah Rasuah untuk sentiasa menjaga dan mempertahankan kedaulatan Negara Brunei Darussalam.

PERKATAAN “BIRO MENCEGAH RASUAH” DALAM TULISAN JAWI, RUMI DAN INGGERIS DALAM WARNA MERAH :
Melambangkan keberanian dan azam Biro Mencegah 
Rasuah untuk menyiasat dan mengendalikan apa jua kes tanpa mengira pangkat dan bangsa,dengan berpandukan kepada titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

BULATAN DALAM WARNA PUTIH :
Melambangkan tujuan dan azam Biro Mencegah Rasuah supaya ianya sentiasa bersifat adil dan saksama serta lurus, jujur dan amanah dalam segala perbuatan dan tindakannya

MOTO ‘TAAT, BERSIH DAN CEKAP’ :
TAAT:
Melambangkan moto Biro Mencegah Rasuah bahawa ianya adalah sentiasa taat kepada dan menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kerajaan Baginda.

BERSIH:
Melambangkan tujuan dan azam Biro Mencegah Rasuah supaya ianya sentiasa bersifat adil dan saksama serta lurus, jujur dan amanah dalam segala perbuatan dan tindakannya.

CEKAP :
Melambangkan tujuan dan azam Biro Mencegah Rasuah supaya ianya menjalankan tugas-tugas dengan tangkas dan cekap. Moto Biro Mencegah Rasuah juga adalah dalam warna ‘HIJAU’, iaitu melambangkan bahawa Biro Mencegah Rasuah ini adalah berlandaskan dan selaras dengan Aqidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah.

PERKATAAN “BIRO MENCEGAH RASUAH, NEGARA BRUNEI DARUSSALAM” BERLATAR-BELAKANGKAN WARNA KUNING :
Melambangkan berlindungnya Biro Mencegah Rasuah di bawah pemerintahan Beraja di Negara Brunei Darussalam.

PANJI-PANJI NEGARA BRUNEI DARUSSALAM :
Melambangkan kesetiaan Biro Mencegah Rasuah terhadap Negara Brunei Darussalam dan sokongan Biro Mencegah Rasuah terhadap prinsip-prinsip yang terkandung dalam Panji-Panji.