MAKLUMAN JADUAL (1) UJIAN BERTULIS (BAHAGIAN II) (2) PROGRAM OUTWARD BOUND BRUNEI DARUSSALAM (OBBD) PENOLONG PENYIASAT KHAS TINGKAT I DAN II
(BAHAGIAN III) BMR 4 ($2,600.00 - $2,800.00 SEBULAN) BMR 3 ($2,200.00 - $2,500.00 SEBULAN) KEKOSONGAN: SEMBILAN (09) TARIKH IKLAN: 4 NOVEMBER 2024 --------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
A. SYARAT DAN PERATURAN CALON: 1. UJIAN BERTULIS (BAHAGIAN ll) - Ujian Bertulis (Bahagian II) pada tarikh, masa dan tempat berikut:
Tarikh: Sabtu, 25 Januari 2025 Jam: 9.00 Pagi - 10.00 Pagi Pendaftaran: 8.15 Pagi - 8.30 Pagi Tempat: Dewan Kuliah As-Sa'adah, Tingkat 1, Ibu Pejabat Biro Mencegah Rasuah, Jalan Pembangunan, Berakas BB3510.
Untuk berada di dalam dewan 30 minit sebelum ujian bermula. Membawa Kad Pengenalan atau Lesen Memandu yang asli/sah sebagai pengenalan diri. Berpakaian yang kemas dan sopan (tidak dibenarkan memakai seluar jeans dan selipar atau kasut sandal). Calon tidak akan dibenarkan menduduki ujian jika gagal mematuhi peraturan ini. Menggunakan ballpen dakwat biru sahaja dan dibolehkan membawa kalkulator. Tidak dibenarkan membawa masuk semua jenis alat perhubungan seperti telefon bimbit, komputer tablet, smart watch dan sebagainya ke dalam dewan. Calon yang lewat hadir tanpa makluman atau tidak hadir adalah dikira menarik diri dan permohonan tersebut tidak berjaya.
2. PROGRAM OUTWARD BOUND BRUNEI DARUSSALAM (OBBD) Program OBBD di Daerah Temburong mulai hari Khamis, 30 Januari 2025 hingga hari Sabtu, 1 Februari 2025 (3 hari 2 malam). Membawa Kad Pengenalan atau Lesen Memandu yang asli/sah sebagai pengenalan diri. Taklimat mengenai program ini akan disampaikan pada tarikh, masa dan tempat berikut: Tarikh: Sabtu, 25 Januari 2025 Jam: 10.30 Pagi Tempat: Dewan Kuliah As-Sa'adah, Tingkat 1, Ibu Pejabat Biro Mencegah Rasuah, Jalan Pembangunan, Berakas BB3510.
Dikehendaki membuat pemeriksaan kesihatan pada tarikh, masa dan tempat yang akan dimaklumkan oleh pihak Urus Setia. Calon yang tidak hadir adalah dikira menarik diri dan permohonan tersebut tidak berjaya.
B. NOMBOR INDEKS DAN PENDAFTARAN:
Sila semak “Nombor Indeks Calon" menggunakan Ctrl + F dan masukkan Nombor Kad Pengenalan untuk mengetahui nombor indeks awda. Jika Nombor Kad Pengenalan awda tiada dalam senarai, ini bermakna awda tidak tercalon bagi mengikuti Ujian Bertulis Bahagian II dan Program OBBD (Ditolak selepas Ujian Fizikal).
C. SILA AMBIL PERHATIAN: >> NOMBOR INDEKS CALON <<
|